Lambang Negara
Bendera
![]() |
Bendera Malaysia ( Jalur Gemilang ) |
Jalur menggambarkan Bendera
Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh sebab itu, lambang jalur
pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama
dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke
Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. Gemilang pula bermaksud
bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikan, Jalur Gemilang
memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara
Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun
sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan
rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan
pedoman yang terang lagi jelas.
Merah : kesanggupan,
keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran.
Putih : keluhuran dan
keikhlasan
Biru : perpaduan hidup
yang rukun dan damai
Kuning : warna Diraja bagi
Duli-duli Yang Maha Mulia
14 Jalur : 13 buah negeri dan 1
kerajaan persekutuan
Anak bulan : Tanda agama Islam sebagai
agama rasmi Malaysia
Bintang
pecah 14 :
Perpaduan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan
Jata
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.
Maksud
- Menyeru rakyat dari pelbagai bangsa, agama dan sosiobudaya supaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.
- Lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia.
- Lagu Negaraku asalnya berentak moderato
- Pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat.
- Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.
Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopandan dan Kesusilaan.
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan
atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang
betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang
berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga
sesuatu bangsa dan negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua
Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong serta kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Rakyat perlu menerima, mematuhi
dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan
Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati,
menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas
kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya
perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil
dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat
dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
Kesopanan dan Kesusilaan
Perkembangan personaliti dan
tingkah laku seseorang rakyat adalah penting. Tujuannya adalah untuk membentuk
warga negara yang bersopan santun dan bersusila. Sikap bersopan santun dan
bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.
Bunga
![]() |
Bunga Raya |
Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada penghujung tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan ialah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
Comments
Post a Comment